Saturday, 15 November 2014

POTATO FRITTERS CIK YAH

Harini cikyah teringin nak buat potato fritters...yelah..orang dok post cakap sedap sedap...tak tahan rasa...jadinya cikyah pun merajinkan diri...biar tak cantik rupa tapi rajin ke dapur...huhu..
ni cikyah share resepi cikyah..

Bahan bahannya:
3 biji kentang disagat jangan halus sangat
3 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam

Cara caranya:
Gaulkan bahan bahan sehingga sebati. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana. Goreng sehingga garing. Toskan minyak..Sedia dimakan bersama sos cili..

Komen ikhlas dari cikyah:
Sedap jugak. Mudah dimasak. Cuma kat bahagian tengah tu macam tak garing.. nanti cikyah cuba lagi.. yang pasti bila makan ada bunyi kruppp krappp krupp krapp...

Selamat mencuba

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi cik yah 0196764116



No comments:

Post a Comment